Syed Mohd Norhisyam al-Idrus |
SOALAN BOCOR
Ada kalanya,
ketika musim peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan lain-lain, kedengaran bisik-bisik
berkenaan soalan bocor. Pelbagai respon daripada para pelajar dan ibubapa. Ada
yang begitu bersungguh mendapatkannya dan membuat persiapan sebelum masuk ke
dewan peperiksaan. Ada juga pelajar yang mendapat soalan-soalan tersebut,
tetapi tidak mempedulikannya, bahkan ada yang langsung tidak berminat untuk
mengambil tahu soalan-soalan tersebut. Ketika di dalam dewan peperiksaan, ada
yang bergembira kerana telah bersiap sedia dengan jawapan dan ada yang menyesal
kerana mengabaikan soalan-soalan bocor tersebut. Kolum hadis kali ini akan
membicarakan berkenaan empat soalan di dalam kubur yang telah “dibocorkan” oleh
Rasulullah s.a.w melalui ungkapan baginda yang bermaksud “Tidak akan berganjak
kedua-dua kaki setiap hamba (ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti
sehinggalah ditanya tentang umurnya, ke mana dihabiskan. Ditanya tentang
ilmunya, apakah yang diamalkan. Ditanya tentang hartanya, bagaimana cara
memperolehi dan membelanjakannya. Dan ditanya tentang kesihatan tubuh badannya,
apa yang telah dilakukan dalam kehidupan.” ( Tarmizi ; no 2417). Moga-moga kita
mengambil perhatian dan mempersiapkan jawapan masing-masing dan berjaya lulus
dengan cemerlang di akhirat nanti.
SOALAN BOCOR PERTAMA
Kehidupan di dunia
adalah tempoh ujian daripada Allah swt. Apabila tiba waktunya, kematian
menjelma tanpa diperlewatkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Persoalan
berkenaan usia yang dianugerahkan olehNya akan ditanya kepada setiap insan
lantas masing-masing menjawab dengan jawapan yang berbeza, berdasarkan cara
tersendiri tentang bagaimana memenuhi tempoh tersebut. Ada yang pendek usianya,
tetapi menjadi sangat bernilai kerana diisi dengan penuh ubudiyyah (
penghambaan) kepada Allah swt. Ada pula yang panjang umurnya, tetapi menjadi
sebab penyesalan yang tidak berkesudahan kerana ia dipenuhi dengan penghambaan
kepada hawa nafsu semata-mata. Golongan yang paling bergembira adalah di kalangan
yang panjang usianya dan dihiasi dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi
kepada Yang Maha Esa. Moga kita mampu menjawab pada saat itu dengan jawapan
yang tidak menghampakan.
SOALAN BOCOR KEDUA
Soalan kedua amat
menggetarkan hati khususnya golongan yang berilmu. Apakah yang telah diamalkan
daripada ilmu yang dimiliki ? Peringatan yang amat menggerunkan di dalam firman
Allah “Amat besarlah kemurkaan Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak
kamu amalkan” ( surah Soff, ayat 3 ). Buah kepada ilmu dan tanda ia bermanfaat
kepada seseorang ialah apabila diamalkan. Para orientalis mempunyai ilmu yang
banyak tentang Islam, tetapi ia tidak akan menyelamatkan mereka di akhirat
kerana ia tidak diamalkan. Begitu juga para ulama’ al-suu’ (ulama’ yang
jahat) yang sentiasa menggunakan agama untuk mengejar dunia dengan
memutarbelitkan hukum hakam agama demi mencari redha ‘tuhan-tuhan’ yang bukan
Tuhan. Demikianlah iblis yang mempunyai ilmu paling hebat berkenaan syurga,
kerana pernah menghuni dan merasai nikmat di dalamnya, tetapi tidak membawa
kepada amal yang membuktikan ketaatan kepada Allah. Ada pula yang ingin
mengambil jalan mudah dengan tidak berusaha menambah ilmu, agar tidak
dibebankan dengan soalan ini, tetapi pada hakikatnya mendedahkan diri kepada
bahaya yang lebih besar iaitu sesat dalam kegelapan jahiliah. Ya Allah, berilah
kekuatan kepada kami agar sentiasa berusaha menambahkan ilmu agama dan anugerahkan kami kemampuan untuk
mengamalkannya dengan penuh ikhlas dan istiqamah.
SOALAN BOCOR KETIGA
Soalan ketiga
berkenaan harta. Ia mempunyai dua anak soalan, iaitu bagaimana cara memperolehi
dan bagaimana cara membelanjakannya. Realiti dunia hari ini yang dikuasai
kapitalis melahirkan segolongan manusia yang tidak mempedulikan halal dan haram
di dalam mengumpul harta. Matlamatnya hanyalah wang, setiap tindak tanduk
diputuskan berdasarkan keuntungan wang, segala pengorbanan adalah demi wang,
bahkan hidup matinya seolah-olah menghambakan diri kepada wang. Golongan ini
lupa untuk merealisasikan makna doa iftitah yang dibaca pada setiap rakaat
pertama solatnya. Sepatutnya segala-segala yang dilakukan adalah demi Allah,
Tuhan sekalian alam. Lantas suburlah budaya rasuah, pecah amanah, menipu dalam
perniagaan, lari dari hutang, mencuri, merompak dan sebagainya. Alangkah
ngerinya keadaan golongan ini apabila berada di dalam mahkamah Allah di akhirat
kelak, apakah yang bakal dijawab oleh mereka? Soalan susulan seterusnya ialah
cara membelanjakan harta yang dimiliki. Ada yang begitu cermat memastikan
hartanya benar-benar dari sumber yang bersih dan halal, tetapi lalai ketika
membelanjakannya. Tanpa disedari, ia membeli perkara-perkara yang menjadi
senjata musuh untuk merosakkan zuriatnya sendiri lalu menempatkannya di dalam
rumah yang mereka diami. Ada kalanya, menggunakan harta yang halal, tetapi
membawa ahli keluarganya ke tempat yang melalaikan mereka dari mengingati
Allah. Semua ini bakal ditanya,
persiapkanlah jawapannya !
SOALAN BOCOR KEEMPAT
Soalan terakhir
berdasarkan hadis ini adalah berkenaan tubuh badan dan kesihatan yang
dianugerahkan oleh Allah. Ramai yang tidak menghargai kesihatan ketika mereka
sihat bahkan jarang memuji Allah di atas nikmat ini. Tetapi apabila jatuh
sakit, secara tiba-tiba mereka menjadi orang yang sentiasa menyebut Allah dan
berazam untuk melalukan ketaatan setelah sembuh. Demikianlah sakit, satu
anugerah yang sangat baik dari Allah, tanda kasihNya kepada hambaNya. Justeru,
hargailah nikmat tubuh badan ini dengan menggunakannya semaksima mungkin untuk
melakukan pelaburan yang profitnya akan digunakan untuk ‘shopping’ di akhirat
nanti.
TANGAN DAN KAKI BERCAKAP
Di dalam surah
Yaasin, Allah menceritakan suasana di akhirat nanti di dalam firmanNya yang
bermaksud “Pada hari ini Kami tutup mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan
mereka akan bercakap (mengakui segala amalan yang dilakukan di dunia) serta
kaki-kaki menjadi saksi di atas apa yang telah mereka lakukan” ( Yaasin,ayat 65
). Ketika itu, mulut yang sangat petah berkata-kata tidak mampu memberi alasan
dan melepaskan diri lagi sebagaimana di dunia dahulu. Mulut terkunci rapat dan tugas menjawab
dipindahkan kepada seluruh anggota badan lain lalu mengakui satu persatu amal
baik dan buruk ketika di dunia dahulu tanpa tertinggal sedikitpun, sehingga
akhirnya menempatkan mereka ke destinasi terakhir sama ada di syurga mahupun
neraka.
Alhamdulillah atas perkongsian
ReplyDeleteUstaz, kalau tak berupaya untuk update blog, tak perlu ada blog sendiri.
ReplyDeleteAssalamualaikum wtb...
ReplyDeleteSalam berbahagia saya ucapkan
semoga anda semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah drp Allah SWT..
kepada yang berbahagia ustaz dan semua pengunjung laman ini...saya adalah salah seorang yang sentiasa mengikuti siri ceramah ustaz yang sangat padat dengan input berguna. Untuk saudara pengunjung laman ini yang ingin mendalami lebih banyak lagi buku-buku agama yang pelbagai bidang silalah mengunjungi laman berikut:-
http://sambooks-synergymedia.blogspot.com/
http://sambooks.com.my
fb: samsynergymedia
sya rsa mcm x brapa sesuai la opening 2 .. mcm mggalkkn plajr mnipu dlm ppriksaan dn brlku krng jujur ..soalan bocor 2 .. trutama bhgian
ReplyDelete'ada yg gmbira tlh buat prsedian dn ada yg mnyesal mgendahkn' ayt ini smcm mnyokng pljr yg x jjur dn mmperlekehkn pljr yg mngendahkn soalan trsebut ..
x sesuai d prbndingkn dgn hdis2 d bwh .. kalau soalan ramalan boleh , haha .. mnta prhatian.
Дешеві Повії Києва Тісний світ, мозок людини неосяжний. Justeru, hargailah nikmat tubuh badan ini dengan menggunakannya semaksima mungkin untuk melakukan pelaburan yang profitnya akan digunakan untuk ‘shopping’ di akhirat nanti.
ReplyDeleteАмерика — рай для жінок. Ось чому, як в свій час Єва, вони прагнуть мерщій звідти вирватися.
#ПовіїКиєва