Doa

  
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين اماما

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan
dan zuriat keturunan kami,
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Ya Allah....
Jadikanlah pasangan kami...
Pembantu dan pendorong kami dalam melakukan ketaatan kepadaMu...
Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga Mu...
Tunjukilah kami jalan keluar ....
Terhadap masalah-masalah yang sedang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ...
Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia...
Ya Allah...
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh...
Lembutkanlah hati-hati mereka ...
Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka...
Ya Allah ,
Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali Mu...
Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menunaikan solat...
Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna...
Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh...
Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka...
Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ...
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa rajin menunaikan solat ...
Jadikanlah mereka zuriat yang menutup aurat dengan sempurna...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepadaMu ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur....