HUKUM HAKAM BERKAIT ANAK ANGKAT

Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang

Amalan mengambil anak angkat telah dilakukan sejak sebelum kedatangan Islam. Pelbagai faktor menyebabkan manusia mengambil dan memelihara anak angkat. Sebelum kedatangan Islam, anak angkat dianggap seperti anak sendiri tanpa sebarang peraturan atau displin yang menjadi garis panduan dalam perkara ini. Kehadiran Islam tidak pernah menghalang amalan ini, tetapi telah membawa satu sistem yang sempurna bagi menjamin hak kedua-dua belah pihak dan juga menggariskan batas-batas pergaulan serta mengandungi unsur-unsur spiritual yang utuh.

Oleh kerana anak angkat pada asalnya adalah seorang yang asing kepada keluarga angkatnya, maka sudah pasti apabila ia dewasa, akan timbul persoalan berkenaan aurat, bersama-sama keluarga angkat di dalam rumah, bersalaman dan sebagainya. Ketika itu hukumnya adalah seperti orang-orang asing yang lain iaitu haram mendedahkan aurat, bersentuhan dan bersunyian di rumah. Bagaimanakah situasi ini dapat diharungi sedangkan perasaan kasih sayang sebagai anggota keluarga telah lama berputik. Setelah hidup dalam sebuah rumah selama bertahun-tahun, terlalu sukar bagi seorang gadis apabila terpaksa menutup aurat di dalam rumah sendiri di kala kehadiran “ayah”nya.

Maka Rasulullah s.a.w telah mengemukakan satu solusi, iaitu amalan penyusuan. Baginda bersabda “Sesuatu yang haram disebabkan nasab, juga menjadi haram disebabkan penyusuan”.(Muslim,no 2616). Ketika mensyarahkan hadis ini, Imam Nawawi berkata “ Hukum anak yang menyusu telah menjadi seperti anak kepada yang menyusukannya dan haram mereka berkahwin selama-lamanya. Halal pula bagi si anak melihat ibu susuannya, bersamanya di rumah dan bermusafir dengannya, seperti bersama ibunya sendiri.” Setelah sempurna penyusuan, hukum anak angkat menjadi seperti anak kepada ibu yang menyusukannya.

Bagi memudahkan perbincangan, penulis cuba mengemukakan contoh. Pasangan Ahmad dan Ros telah mengambil anak angkat bernama Ali. Setelah penyusuan sempurna, Ali diharamkan berkahwin dengan (1)Ros, (2) anak-anak perempuan Ros,(3) ibu dan kakak atau adik perempuan Ros dan juga (4) anak-anak perempuan Ahmad serta (5)ibu dan kakak atau adik perempuan Ahmad. Ketika ini, anak-anak Ros atau Ahmad telah menjadi adik beradik susuan Ali, manakala adik beradik Ros dan Ahmad telah menjadi bapa dan ibu saudara susuan kepada Ali. Hukum berkait aurat, bersentuhan, bermusafir dan sebagainya adalah seperti anak atau adik beradik biasa. 

Imam Bukhari ( no 5103) dan Muslim (no 1445) meriwayatkan satu peristiwa yang berlaku kepada Aishah r.a, katanya “Aflah, saudara lelaki kepada Abu Qu’ais telah meminta izin untuk masuk ke rumahku lalu aku tidak mengizinkannya sehingga aku bertanya Rasulullah s.a.w kerana yang menyusukan daku adalah isteri kepada Abu Qu’ais, bukannya Aflah. Baginda menjawab “Izinkan Aflah masuk, sesungguhnya ia adalah bapa saudaramu wahai Aishah.”


PENYUSUAN YANG SEMPURNA

Terdapat 2 syarat utama yang menyebabkan penyusuan dianggap sempurna dan menjadikan hukum anak angkat seperti anak sendiri :

1)      Penyusuan berlaku sebelum bayi berumur 2 tahun. Ia berdasarkan hadis mauquf kepada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Darul Qutni “Tidak dikira penyusuan melainkan sebelum bayi berumur 2 tahun.” Ibnu ‘Aamir al-San’aani berkata di dalam kitabnya Subul al-Salam bahawa penyusuan tidak dianggap sempurna kecuali dalam tempoh 2 tahun pertama bayi tersebut.
2)      Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Ini berdasarkan hadis mauquf kepada Aishah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ( no 1452 ) katanya,“Pada peringkat awal penurunan al-Quran, penyusuan yang sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan kemudian ia dinasakhkan (dibatalkan) hukumnya kepada 5 kali kenyang, sehinggalah Rasulullah s.a.w diwafatkan.” Di dalam kitab Subul al-Salam juga diterangkan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila ia kenyang. Sekiranya terhenti disebabkan bersin, terbatuk atau sendawa, kemudian menyambung penyusuannya, ia masih dikira sekali.

IBU ANGKAT TIDAK MEMPUNYAI SUSU

                Ramai yang mengambil anak angkat disebabkan tidak mempunyai zuriat setelah lama berkahwin. Oleh kerana mereka tidak mengandung, maka tidak mempunyai susu untuk dilakukan penyusuan kepada anak angkatnya. Kepada mereka ini, ada 3 nasihat penting, moga-moga dimanfaatkan.

1)      Fahamilah bahawa ini adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada anda. Ada pasangan yang diuji memiliki zuriat, tetapi mengidap penyakit yang kronik. Ada pula yang diuji dalam bentuk anaknya yang sihat, tetapi menagih dadah apabila dewasa. Ada juga diuji dengan anak yang membesar dengan sihat dan berjaya, tetapi derhaka kepada orang tuanya. Sesungguhnya kehidupan ini adalah medan ujian Allah terhadap hambaNya dalam musafir menuju akhirat yang kekal. Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepadaNya.
2)      Ibu angkat diharuskan memakan ubat yang mengeluarkan hormon bagi menghasilkan susu dengan syarat mendapat nasihat daripada doktor muslim yang pakar dan amanah.
3)      (Sila rujuk kepada contoh nama di atas). Ali disusukan oleh kakak atau adik perempuan Ros supaya Ali menjadi anak saudara susuan Ros. Atau sekiranya anak angkat itu perempuan, maka ia disusukan oleh kakak atau adik perempuan Ahmad, supaya ia menjadi anak saudara susuan Ahmad.


42 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Ustaz,
    Saya mempunyai persoalan yang memerlukan penjelasan daripada ustaz berkenaan hukum mahram.
    Situasi:-
    Ali mempunyai adik susuan bernama Siti (disusukan oleh ibu Ali)
    Apabila dewasa Siti berkahwin dan mempunyai anak kandung perempuan bernama Leha serta anak angkat dan dijadikan anak susuannya bernama Mimi.

    Soalan saya.
    Apakah hukum mahram diantara Ali (abang susuan Siti) dengan anak-anak siti.
    1. Leha (anak kandung Siti)
    2. Mimi (anak susuan Siti)

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ustaz dgn penerangan yg sgt jelas..

    ReplyDelete
  3. salam ustaz...saye nak tanye...situasinye begini
    ali dan abu adalah anak angkat seibu susuan. kemudian ali ingin mengahwinkan anaknye dengan anak abu. adakah sah perkahwinannya?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wr wb.

    Ustaz,

    Saya nak tanya, bagaimana pula dengan hukum mengadopsi embrio? Isitu embryo yang telah disenyawakan oleh sepasang suami isteri yang sah,lalu dengan rela hati menyerahkan anak(embryo) mereka itu kepada pasangan lain sebagai anak angkat. Dan embryo tersebut ditumpangkan ke dalam rahim ibu angkatnya sehingga lahir, dan disusui oleh ibu angkatnya (yang juga ibu tumpangnya) sehingga 5 kali kenyang. Memandangkan anak tersebut tidak mempunyai sebarang pertalian genetik dengan ibu dan bapa angkatnya, boleh kah anak tersebut diterima sebagai anak angkat pasangan tersebut? Apakah hukum dari segi Islam dalam adopsi seperti ini?

    ReplyDelete
  5. ustaz..bagaimana pula jika anak angkat tersebut perempuan? adakah ia menjadi mahram kepada suami ibu susuan?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...ustaz,sya bsyukur ada sorg insan yg sudi beri bayinya yg msih dlm kndungan..masalahnua skrg Arabia saline kelak dia mnta sya Untk mgizin dia mnta mberi penyusuan kpd ank nya Untk beberapa hari sblm sya hntr dia Smula kerumah ..apa pandang ustaz......?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...ustaz,sya bsyukur ada sorg insan yg sudi beri bayinya yg msih dlm kndungan..masalahnua skrg Arabia saline kelak dia mnta sya Untk mgizin dia mnta mberi penyusuan kpd ank nya Untk beberapa hari sblm sya hntr dia Smula kerumah ..apa pandang ustaz......?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...ustaz,sya bsyukur ada sorg insan yg sudi beri bayinya yg msih dlm kndungan..masalahnua skrg Arabia saline kelak dia mnta sya Untk mgizin dia mnta mberi penyusuan kpd ank nya Untk beberapa hari sblm sya hntr dia Smula kerumah ..apa pandang ustaz......?

    ReplyDelete
  9. ustaz,sy telah mengambil anak angkat tidak berbapa bebrapa tahun lepas malangnye sebelum umur setahun arwah telah meninggal dunia.
    soalan sy nama yang digunakan pd tanda batu nisan.boleh sy gunakan nama yang sy berikan tanpa sempat ,mendaftar atau menngunakan nama dalam sijil lahir.
    terima kasih

    ReplyDelete
  10. Saya anak angkat sebuah keluarga yang sedehana.Diambil sewaktu lebih kurang 14 hari.Dalam keluarga tersebut ada 8 adik beradik (perempuan) termasuk saya 9 org (saya seorang jerr lelaki)..Persoalannya..Ketika ayah hendak meninggal kakak2 angkat saya menganggap saya bukan adik mereka kepada ayahnya.Setelah ayah meninggal ..semua harta dibagi adik beradik.(kecuali saya)...Saya x laa mengharap harta2 orgtua itu.Tapi saya rasa saya nie terbuang..Apa saya harus buat..Adakah saya boleh dapat sebahagian harta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara adalah anak angkat. Dari segi syarak, saudara tiada pertalian nasab ( bukan anak kandung ) atau pertalian saudara ( bukan anak saudara ). Saudara tidak boleh mewarisi harta atas faktor diatas melainkan jika mendapat sesuatu yang akan dikira sebagai hadiah.

      Delete
  11. bagaimana dgn harta bila org tua meninggal

    ReplyDelete
  12. saya teringin nak tahu..apakah hukum kalau keluarga angkat melayan anak angkat itu dgn buruk. contoh, anak angkat yang diambil sejak berumur 3 hari dan sampai sekarang anak itu selalu di bandingkan-2 dgn keturunan keluarga angkat,menghina keturunan anak angkat itu kerana latar belakang keluarganya yang kurang menyenangkan.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Ustaz bagi contoh anak angkat lelaki, bagaimana pulak anak angkat prmpuan, kalau ibu angkat dah beri susu badan macammna??? adakah auratnya dengan bapa angkat dah jadi macam bapa sendiri??? sorry saya masih confuse...

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Ustaz saya faham dengan statement ini >"Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang"
    tapi nak tanya iya perlu berturut-turut ke..? kalau hari isnin minum 3kali.selasa minum 2kali boleh dikira 5kali kenyang ke.?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun confius..sila beri penerangn ustz..

      Delete
  15. salam.ustaz....bagaimana pula bila dah ambil anak angkat lelaki tetapi tidak sempat susukan krn tiada teknologi itu di tpt menetap ketika itu...adakah haram aurat saya dengannya...bagaimana untuk tinggal bersama sehingga dia dewasa sedangkan saya telah bercerai pula dgn suami...harap ustaz beri penjelasan...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum ustaz.. saya telah mengambil anak angkat perempuan berusia 1 bulan. kebetulan pula adik ipar suami saya ( iaitu isteri kepada adik suami saya)baru bersalin dan menyusukan anaknya. bolehkah sekiranya saya memintanya menyusukan anak angkat perempuan saya supaya suami saya menjadi bapa saudara susuan (iaitu mahram) kepada anak angkat tersebut?

    ReplyDelete
  17. assalam ustaz..saya ingin bertanya..
    adik ipar saya lelaki bujang telah mengambil anak angkat perempuan. Sekiranya saya menyusukan bayi tersebut bagaimana hukum dia (bayi) dengan adik ipar dan keluarga mertua saya yg lain....(mertua lelaki dan ipar leaki saya)?

    ReplyDelete
  18. Rmai yg bertny tp xd jwpn..tkut nnt byk slh phm..

    ReplyDelete
  19. bagaimana pula kalau ada yang berkata.."ayah angkat telah berniat mengambil gadis itu sebagai anak angkat, dan dengan itu..telah tertulis di luhmahfuz, yang gadis itu adalah anak kepada si ayah angkat. Dan aurat serta sentuhan tidak HARAM bg ahli keluarga angkat tersebut" ADAKAH BENAR STATEMENT INI.MAZHAB MANA YANG ADA STATEMENT BERGINI. minta ustaz bahaskan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  20. Slm ustaz sya telah mnyerahkn ank sya pd ibu angktnya.ibu trsebut seorg jnda dn apabila dy mnjaga ank sya usianya bru msuk 4bln dy nk khwin ag.dy enjit hormon tnpa pngethuan sya utk jd ibu susuan.sya berasa sedih ustaz.sya xhlalkn ssu bdannya mngalir dlm tbuh bdn ank sya.setelah dy dpt ank sya dy berubah dn cuba memisahkn ibu dn anak.sya mnyesal ustaz

    ReplyDelete
  21. Anak angkat perempuan sebumbung dgn ayah angkat setelah kematian ibu angkat? Apa nak buat klau kedua-duanya tiada saudara mara.?

    ReplyDelete
  22. Salam usataz..saya ada satu soalan..keluarga saya telah menerima seorang anak lelaki yg berumur 27 tahun sebagai anak angkat...keluarga dia telah abaikan dia dan ibunya telah meninggal dunia...boleh ke dia bersalam dgn ibu saya sbg tanda hormat dan kasih pada ibu saya..mintak penjelasan ustaz...

    ReplyDelete
  23. Salam usataz..saya ada satu soalan..keluarga saya telah menerima seorang anak lelaki yg berumur 27 tahun sebagai anak angkat...keluarga dia telah abaikan dia dan ibunya telah meninggal dunia...boleh ke dia bersalam dgn ibu saya sbg tanda hormat dan kasih pada ibu saya..mintak penjelasan ustaz...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum
    Ingin mengambil anak angkat perempuan berusia 1 tahun. Mohon penjelasan dr segi aurat si anak dgn bapa angkatnya.terima kasih. (fudeenzzz@gmail.com)

    ReplyDelete
  25. assalamualaikm ustaz apakah hukum anak angkat perempuan yang masih bayi dengan bapa angkat mohon penjelasan

    ReplyDelete
  26. Assalamualikum ustaz...

    Suami saya telah mengambil anak angkat perempuan..iaitu anak muridnya sendiri pada ketika budak tu berumur 12 tahun.
    Dia menganggap ank itu seperti anknya sendiri sehinggakan lupe ttg batas2 pergaulan antara mereka.
    Walhal..mereka tahu hakikatnya mereka tidak boleh bersentihan seperti bersalam tetapi ianya tetap dilakukan walaupun saya sudah memberi teguran kepada mereka tetapi tidak diendahkan. Apakah yang harus saya lakukan..buntu saya memikirkannya. Sekarang ank angkat tu dah berumur 15 tahun.
    Keluarganya pun macam tak kisah ttg batas pergaulan tersebut.

    ReplyDelete
  27. Ustaz nak tanya jika anak perempuan itu Baru masuk 2 tahun. Bagaimanakah tuk jadi IBU Susuan?

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum ustaz
    Bolehkah datuk sendiri mengambil cucu sebagai anak angkat.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum ustaz
    Bolehkah datuk sendiri mengambil cucu sebagai anak angkat.

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum... Bagaimana jika seorang lelaki mengambil anak angkat lelaki ketika zaman bujangnya, setelah beberapa tahun lelaki itu mahu berkahwin. Apakah hukum anak angkat lelaki itu dengan isteri tersebut? Kerana bukan ibu susuan.

    ReplyDelete
  31. Ustaz kalau adik susuan telah berkhawin abang susuannya tanpa dia ketahui itu abang susannya apakah yang perlu lakukan?

    ReplyDelete
  32. Assaalaamualikum,Saya sebagai anak angkat si mati yang tidak berkhawin, si mati ada 3 adik beradik yang masih hidup (1) perempuan (2)perempuan (3)lelaki (4)sudah meninggal (5)si mati (ayah angkat)Sebelum si mati hidup, si mati telah amanahkan saya beberapa amanah adakah (si anak angkat perlu menunaikan amanah si mati?)Ini amanah yang telah disampaikan sebelum arwah meninggal.1. Arwah amanah kan harta arwah semua untuk jaga keluarga mek jarah dan seni. Iaitu kak2 no.2 dan anak buah.2. Arwah amanah kan syah teruskan jaga 2 rumah arwah. 1 suruh saya duduk dan 1 lagi bagi anak buah duduk.3. Arwah kata kalau ada lebih bukak pusat tahfiz jika mampu, jika tidak sekurang2nya sedekah atas nama arwah.4. Arwah amanahkan perniagaan dia diteruskan, kalau tidak pun buat yang baru atas namanya.5. Arwah amanahkan saya uruskan kematian arwah semua dan ada hak (kuasa) untuk menyelesaikan segala harta dan hutangnya.6. Arwah amanahkan bila dia tiada nanti biar di tanam di sebelah kubur ibunya.Perlukah saya menunaikan atau lepaskan kepada waris iaitu waris adik beradik no.3 (lelaki)?Kerana si waris tidak ambil tahu tentang hutang si mati.Kerana anak angkat telah hidup 8 tahun sehingga meninggal, dan tidak ada hitam putih dari si mati kerana si mati sangat sensetive bab wasiat atau harta (cuma hanya ada beberapa bukti dari SMS / Secara lisan iaitu saksi dan bukti dari penama KWSP).Maksud saya disini si mati semasa hidup telah menghibah dan amanah kepada anak angkat secara lisan kepada saksi dan bukti.Adik beradik tidak rapat bersama si mati hanya kakak no.2 si mati rapat. Sekarang si adik beradik no1 dan no3 hanya mahu harta si mati.Apakah tindakan saya perlu lakukan? Saya amat buntu (sekarang saya hanya mampu menunaikan beberapa amanah saja kepada si mati).

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum ustaz sy nk bertnya, abg ipar sy dn isterinya dh 7 berkahwin dn belum dikurniakan zuriat, mereka ingin menjdikan ank sy sbgai ank angkat mereka, sbgai ibu bpa kandung yg ingin berkongsi rezeki anak adakah diakhirat kelak ank ini ank menunggu ibu bapa kandungnya juga? Dan adakah doa anak ini dikira utk ibu bpa kndgnya? Jika didunia anak ini xrasa sngt syg pda ibu bpa kndungnya adakah di akhirat sana ank ini akn berjumpa dgn ibu ayh kandung sperti ibu bpa kndung yg mnjga anaknya sndri?. Trima ksh ustaz

    ReplyDelete
  34. Assalammulaikum ustaz
    Saya nak tanya
    Apa hukum nya kita mengambil anak angkat dari anak sepupu kita sendiri moon pencerahan dari ustaz
    Terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum ustaz. pasangan suami isteri mengambil anak angkat lelaki tetapi disusukan oleh adik perempuan suami.kerana pd ketika itu si isteri diberitahu oleh seorang doktor melayu beragama Islam utk tidak menyusukannnya kerana boleh berlaku pada pelbagai penyakit Dan masalah. Juiurnya isteri tersebut agak kurang dalam keagamaan Dan mengikut nasihat doktor. Oleh itu si isteri sekarang sangat menyesal Dan sentiasa bermohon keampunan kpd Allah swt utk menghalalkan aurat antara isteri Dan anak angkat tersebut. Adakah tetap haram aurat antara anak angkat tersebut.

    ReplyDelete
  36. Salam
    Saya ada anak angkat .skg umurnya sudah 7 tahun tp masalahnya saya tak de bg dia susu badan tau susu ibu susuan.boleg jelaskan dan apa harus saya lakukan.

    ReplyDelete
  37. Assalammualaikum.. Sy nk tnye.kwn sy ambil anak angkt ketika umur bayi seminggu. Kwn sy ada ambil ubat yg diberi doktor untuk dptkn susu badan. Persoalan sy, bayi sudah 5bln dan kwn sy masih tidak dpt kenyang kn bayi. Akan tetapi bayi sudah susu byk kali tanpa kenyang. Adakah kwn sy tetap kena kenyang kn bayi dia sebanyak 5kali walaupon bayi sudah susu byk kali tanpa kenyang?? Trima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum ustaz?bagaimana hubungan hubungan keluarga angkat dengan keluarga ibu kandung anak angkt tersebut? Bolehkah bapa angkt berkahwin dgn ibu kandung anak angkt ?

    ReplyDelete